Qaumi Taranah
Qaumi Taranah

Qaumi Taranah

Qaumī Tarānāh (Urdu: قومی ترانہ‎, disebut [ˈqɔːmiː təˈɾaːnə], lit.  "Lagu Kebangsaan"), juga dikenal sebagai Pāk Sarzamīn (Urdu: پاک سرزمین‎, disebut [ˈpɑːk ˈsəɾzəmiːn], lit. Tanah Suciku) ialah lagu kebangsaan Republik Islam Pakistan. Lagu ini ditulis oleh Hafeez Jalandhari pada 1952 dan muziknya dihasilkan oleh Ahmad G. Chagla pada 1949, iaitu sebelum liriknya ditulis. Walaupun lirik lagu adalah dalam bahasa Urdu Klasik, lagu tersebut mempunyai pengaruh Parsi yang besar dan hanya menggunakan kata 'ka' dalam bahasa Urdu lingua franca Pakistan - menjadikan liriknya saling difahami dalam kalangan penutur bahasa Urdu dan Parsi.Lagu ini secara rasmi diangkat sebagai lagu kebangsaan Pakistan pada Ogos 1954[1] dan dirakam pada tahun yang sama oleh sebelas penyanyi utama Pakistan termasuk Ahmad Rushdi, Kaukab Jahan, Rasheeda Begum, Najam Ara, Naseema Shaheen, Zawar Hussain, Akhtar Abbas, Ghulam Dastagir, Anwar Zaheer, dan Akhtar Wasi Ali.[2]